Wednesday, January 20, 2016

INCOME REPLACEMENT : LIFE TAKAFUL

“Income Replacement” merupakan satu konsep yang mudah difahami. Dengan menggunakan instrument takaful, pemilik polisi berkonsep gantian pendapatan ini akan mendapat manfaat kematian atau hilang upaya kekal secara lump sum sekiranya berlaku kerugian daripada musibah yang dinyatakan.

Dengan menggunakan konsep  “Plan Income Replacement”  di dalam pelan takaful adalah untuk memastikan pendapatan tahunan anda dapat dijana secara berterusan, walaupun anda sudah tidak bekerja lagi sekiranya “musuh kehidupan” melanda di dalam kehidupan anda sekeluarga.

Apa itu “Musuh Kehidupan” ?

Sekiranya anda sedar atau pun tidak “musuh kehidupan” ini sentiasa berdampingan dengan kehidupan harian kita. Antara “musuh kehidupan” antaranya ialah:
  1. Kematian Awal
  2. Menghidap Penyakit Kritikal
  3. Hilang Upaya Kekal disebabkan Kemalangan atau Sakit Kritikal

Kenapa Pentingnya “Plan Income Replacement”

Polisi takaful yang mempraktikkan konsep “income replacement” ini bertujuan:
  1. Memastikan Pendapatan tahunan dapat dijana secara berterusan walaupun berlaku musibah ke atas diri anda sebagai pemeggang polisi takaful.
  2. Proses pembayaran pampasan berlandaskan keadah hibbah. dengan cara ini ia akan membolehkan pihak waris yang dinamakan memperoleh harta warisan tanpa perlu melalui proses yang panjang seperti kaedah faraid.
  3. Mewujudkan Harta cairdengan cepat.
Umum semua tau kepentingan kehidupan kita seperti makan minum, sewa umah, bill utiliti dan lain2. apa yang penting adalah kita kena protect dulu benda asas ini kerana sekiranya berlaku musibah seperti hilang upaya kekal dan mengidap penyakit kritikal yang teruk sudah pasti lah memberi impak yang besar kepada keluarga kita khususnya.
  • Sekiranya terjadi musibah mcam yg saya nyatakan di atas adakah kita semua mampu bekerja lagi ?
  • mcm mana pendapatan bulanan kita ?
  • Adakah majikan tetap bayar gaji kita wpun terpaksa bercuti selama 2 thn ?
  • adakah simpanan kita mencukupi utk menghadapi masalah ini ?
  • Adakah pasangan hidup kita terpaksa kerja overtime kerana nak tampung perbelanjaan yg semakin meningkat ?
dalam memiliki atau membeli polisi takaful nie jumlah coverage yang besar amat digalakan yang mana ia dapat memberi cash money kepada keluarga kita sekiranya berlaku musibah yang besar ini. Berapa c0verage yang perlu ?
cara kiraan coverage yang selalu sya praktik kan adalah (jumlah gaji tahunan kasar bahagi dgn 0.08)
contoh: gaji tahunan 30k so 30000/0.08 = 375 000
so dapatlah jumlah coverage RM 375 000 yng diperlukan utk polisi takaful.
so anything happen kpd pencarum makan jumlah coverage ini lah yang boleh dituntut oleh peserta takaful. Tetapi sekiranya ingin coverage yang tinggi polisi takaful itu tak perlulah dicombine kan dgn medical card.
 
Sebab apa bila ada element medical card dalam satu polisi nilai coverage yang besar ini akan membuatkan harga takaful itu bukan lagi RM 300 sbln tetapi maybe dekat RM 500 sbln.
Dalam mengambil polisi takaful ini, adalah pelan takaful hayat hendaklah diasingkan dengan pelan medical card dan caruman sekitar 10% drp nilai income kita jer tidak boleh lebih daripada 10% adalah reasonable untuk kita bayar carumam bulanan atau tahunan. selalunya utk adjustment kita boleh berbincang dngn ejen takaful yg betul-betul  memehami apa manfaat yang diletakkan di dalam proposal atau polisi pelanggang.
Membeli pelan takaful ini bukan semata mata utk medical card tetapi membeli takaful ini adalah untuk memdapat perjanjian bertulis bagi  memastikan jika anything happen terjadi kepada kita maka kita akan dibayar mengikut apa yang dijanjikan. bahasa yang mudah adalah plan takaful ini utk menggantikan pendapatan yang hilang akibat musibah yang tidak dijangka.