Wednesday, January 20, 2016

Company Dah Cover Buat Apa Ambil Insuran Peribadi?

Ramai yang bertanyakan kepada saya :-
Kenapa perlu carum / memiliki polisi takaful & kad perubatan peribadi sedangkan majikannya sudah menyediakan takaful dan manfaat perubatan kepadanya ?

Jawapan saya :- 
Terima kasih kepada majikan anda yang prihatin dan bertanggungjawab dengan memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan keperluan memiliki polisi takaful & kad perubatan peribadi. Berikut perkara yang perlu difahami :-

TEMPOH PERLINDUNGAN TERHAD 

Biasanya, majikan anda hanya memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda selagi anda bekerja dengannya atau sehingga anda bersara pada umur 56 tahun.

Semua faedah tersebut akan hilang serta merta apabila anda bertukar kerja, diberhentikan kerja, menghidapi penyakit atau hilang upaya / lumpuh sebab penyakit atau kemalangan sehingga tidak boleh bekerja lagi.

NOTA : Dengan memiliki polisi takaful dan kad perubatan peribadi, ia melindungi anda dengan tempoh perlindungan sehingga umur 80 tahun ( tempoh polisi matang ) selagi mana polisi dikuatkuasakan.

POLISI SIJIL & MANFAAT PERLINDUNGAN MILIK  MAJIKAN 100% 

Majikan merupakan PESERTA ( pemilik polisi sijil ) yang memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda selaku ORANG YANG DILINDUNGI. Bermaksud polisi sijil dan manfaat perlindungan adalah milik majikan 100% dan dia berhak terhadap penyerahan manfaat tersebut selagi tiada perjanjian bertulis yang boleh dikuatkuasakan menyatakan penyerahan manfaat 100% kepada waris anda.

Ini bermakna :-
  • Majikan berhak mengubah pada bila-bila masa untuk mengurangkan ( reduce ) Jumlah Perlindungan Asas polisi sijil anda atau mengurangkan ( downgrade ) manfaat tambahan / rider.
  • Majikan berhak untuk menghentikan / tidak memperbaharui pelan polisi sijil ke atas anda ( mungkin kerana ingin penjimatan kos atau berlaku masalah kewangan  ).
  • Majikan berhak menentukan jumlah perlindungan asas dan manfaat tambahan yang akan dibayar/diberikan kepada anda mengikut budi bicaranya.
  • Tindakan majikan ini boleh menjejaskan manfaat, faedah dan perlindungan kepada anda jika musibah berlaku kepada anda.
NOTA : Dengan memiliki polisi takaful dan kad perubatan peribadi, anda merupakan PESERTA ( pemilik polisi sijil ) dan anda berhak 100% terhadap polisi sijil seperti menentukan pewaris terhadap penyerahan manfaat  perlindungan 100% melalui HIBAH dan membuat sebarang perubahan pada polisi sijil.

MILIKI PERLINDUNGAN KETIKA SIHAT

Ramai orang yang berpendapat bahawa mereka akan mengambil perlindungan takaful dan kad perubatan hanya selepas mereka bersara kelak sahaja. Mungkin kerana ketika itu dengan menerima wang persaraan barulah mereka berhasrat untuk mengambilnya.

Hakikat yang anda perlu tahu, anda masih sempat mengambil perlindungan takaful dan kad perubatan selepas bersara hanya jika keadaan kesihatan anda masih mengizinkan ( sihat 100% ).

Jika keadaan kesihatan sudah teruk selepas bersara, mana-mana syarikat takaful sukar untuk memberikan perlindungan takaful dan kad perubatan kepada anda. Maka, segala kos perubatan hospital dan kos sara hidup tambahan terpaksalah anda tanggung sendiri menggunakan wang persaraan yang ada.

NOTA : Kos perlindungan takaful dan kad perubatan peribadi ketika anda muda lebih murah berbanding pada usia anda sudah meningkat. Peningkatan kos perlindungan selaras dengan faktor peningkatan usia yang disebabkan kadar risiko kematian, hilang upaya dan penyakit  yang juga meningkat.

APAKAH FAEDAH & MANFAAT YANG DIBERIKAN MAJIKAN ?

Ramai pekerja mengambil sikap tidak mahu ambil tahu apakah faedah dan manfaat perlindungan takaful dan kad perubatan yang disediakan oleh majikan ?

Cuba anda SEMAK dengan majikan anda terhadap perlindungan takaful dan kad perubatan kepada diri anda, pasangan dan anak-anak, seperti berikut :-
  • Jumlah Perlindungan Khairat Kematian termasuk akibat dan punca kematian. Sejauh mana skop perlindungan diberikan? Adakah ia hanya meliputi musibah berpunca dari kemalangan sahaja atau termasuk punca semulajadi? Adakah ia terhad kepada waktu kerja sahaja atau sehingga had umur tertentu sahaja?
  • Berapakah jumlah perlindungan Hilang Upaya Kekal Keseluruhan akibat daripada kemalangan atau penyakit? Bagaimana syarat dan kaedah bayaran ditentukan?
  • Berapakah jumlah manfaat Gantirugi Kemalangan? Apakah jenis kemalangan yang tergolong dalam manfaat ini? Bagaimana syarat dan kaedah bayaran ditentukan?
  • Berapakah jumlah manfaat perlindungan Penyakit Kritikal? Berapa jenis penyakit kritikal yang dilindungi, adakah 30 jenis, 36 jenis atau 46 jenis?
  • Berapakah jumlah maksimum tanggungan Bil Perubatan Hospital setahun dan jumlah keseluruhan? Adakah ia menanggung bil perubatan untuk semua termasuk isteri dan anak-anak? Apakah syarat-syarat tanggungan dan adakah wujud limitasi tanggungan?
  • Adakah disediakan dan berapakah jumlah Elaun Harian bagi kemasukan wad hospital?
  • Siapakah penerima faedah dan manfaat perlindungan takaful? Adakah faedah dan manfaat tersebut akan diserahkan 100% kepada anda atau terpulang kepada budi bicara majikan? Adakah perjanjian bertulis dibuat sebagai rujukan masa hadapan?
  • Apakah syarat-syarat dan prosedur jaminan dan tuntutan? Kepada siapa hendak rujuk, pegawai urusan tuntutan atau agen?

KESIMPULANNYA ? 

Jadikan perlindungan takaful dan kad perubatan peribadi sebagai perlindungan utama kebajikan keluarga anda, walaupun majikan anda  sudah menyediakannya. Perlindungan takaful dan kad perubatan yang disediakan dari majikan patut dianggap sebagai "bonus tambahan" sahaja kerana ia hanya melindungi anda SELAGI ANDA MASIH BEKERJA  dengan mereka.

MAA Takafulink Series menyediakan pelbagai pelan perlindungan takaful + kad perubatan + simpanan dan pelaburan dana syariah. 

"The Most Outstanding Takaful Product - MAA Takafulink 2009, 2010 & 2011"
"The Most Outstanding Islamic Retail Product - 2012"


Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai perlindungan takaful dan kad perubatan, sila kemukan pertanyaan anda kepada saya di :-
maatakaful101@gmail.com @ WhatsApps. 013.6000.101 Saya bersedia membantu.

MAA Takaful Berhad
We Do What Is Right!!
First Time!!
Many-Many Time!!