Monday, January 4, 2016

Tempoh Menunggu Medical Card dan Coverage

Skop Perlindungan Takaful (Tempoh Menunggu)

Kemalangan

Perlindungan untuk kes kemalangan bermula dari tarikh polisi diluluskan. Ia meliputi rawatan untuk pesakit luar (out-patient) dan diwadkan (admitted).
Sakit
Perlindungan untuk kes penyakit yang baru dihidapi, bermula selepas 30 hari dari tarikh polisi diluluskan. Ia meliputi rawatan untuk diwadkan (admitted) sahaja. Untuk demam denggi, perlindungan bermula selepas 21 hari.

Kemudahan Kemasukan Hospital (Cashless Facility)

Sesetengah hospital akan meminta deposit peribadi dari anda, walaupun syarikat takaful sudah menyediakan deposit kemasukan. Ini dibuat atas permintaan hospital itu sendiri bagi menampung kos bukan perubatan (suratkhabar, pek kemasukan hospital, caj pengurusan hospital dan penggunaan telefon) dan caj melebihi had yang dibenarkan oleh syarikat takaful (seperti co-payment dan caj melebihi had tahunan).

Penyakit Tertentu (Specified Illnesses)

Perlindungan untuk kes penyakit tertentu yang telah disenaraikan, bermula selepas 120 hari dari tarikh polisi diluluskan. Penyakit tersebut mestilah baru wujud selepas tempoh 120 hari.  Antaranya :-
  1. Hipertensi, Diabetis Mellitus atau Penyakit Kardiovaskular
  2. Semua tumor, kanser, cysts, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
  3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
  5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
  6. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

Keadaan Meragukan (Case Under Investigation)

Bagi tuntutan perubatan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun pertama dari tarikh kelulusan (tempoh boleh pertikai), syarikat takaful berhak menangguh jaminan perlindungan dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, sehingga hasil siasatan diketahui dari laporan doktor yang pernah merawat anda. Ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan takaful (biasanya dikhuatiri anda mempunyai masalah kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa membeli kad perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, sakit dada, sesak nafas ketumbuhan dan sebagainya). 


Untuk Lebih Maklumat dan Appointment Boleh Daftar kat 
WhatsApps 013.6000.101 Khairuddin.


No comments:

Post a Comment