Friday, December 11, 2015

KENAPA PERLUNYA TAKAFUL/INSURANCE DIRI?

Kerjaya Seorang Perancangan Kewangan Peribadi
Kredit: PTS (Sunthara Segar).


Seorang isteri membawa suaminya berjumpa seorang doktor pakar. Hasilnya pesakit terpaksa dirawat di blik rawatan ICU. Setelah 3 minggu pesakit meninggal dunia. Kisah malang pesakit diceritakan oleh si doktor kepada rakannya seorang perancang kewangan. Walaupun mereka berkawan, tetapi si doktor taksub dengan kerjayanya. Keadaan ini disedari oleh rakannya yang sengaja menimbulkan dialog berikut :

Rakan : Adakah awak akan meminta bayaran kepada si balu?

Doktor : Mestilah, saya kan doktor pakar

Rakan : Macamana pula dengan pihak hospital?

Doktor : Sudah tentu. Ubat-ubat, alat-alat hospital, penggunaan wad semuanya harus dibayar.

Rakan : Bukankah ini tidak adil? Si isteri menyerahkan kepercayaan kepada anda dan pihak hospital untuk menyelamatkan suaminya. Tetapi anda semua gagal, namum si balu tadi terpaksa membayar atas kegagalan anda. Dia terpaksa memikirkan bagaimana hendak membesarkan anak-anak tanpa pendapatan suami. Peliknya pihak hospital tetap mahukan wang mereka. Macamana dia nak bayar?

Doktor : TETAPI ini adat dunia. Memang rawatan apatah lagi oleh pihak swasta bukan percuma! Kalau semua pesakit diberikan rawatan percuma pasti perniagaan perubatan tidak akan berjalan.

Rakan : Ah! Memang betul pada saat ini apabila semua orang telah kembali dari menguburkan jenazah arwah, doktor seperti anda sudah tidak ada kepentingan lagi. Sekarang perancang kewanganlah yang menjadi doktor bukannya doktor penyakit tapi doktor kehidupan.

Doktor : Maksud anda ?

Rakan : Perancang kewanganlah yang akan membantu membayar bil hospital tadi melalui pelan insurans perubatan. Kami jugalah yang merancang agar anak2nya akan tetap memenuhi impian arwah ayahnya ke universiti.Melalui wasiat kami pastikan yang sebarang harta yang ditingalkan dapat dipindahkan dengan cepat dan adil kepada si balu tanpa melalui procedur mahkamah yang rumit. Kami lah yang memberi kehormatan diri dan maruah kepada si balu tadi. Dia tidak payah merayu, mengemis dan menjual tubuh untuk menyara kehidupannya. Dia tidak perlu menjadi ibu 'part time' kepada anak2nya. Sekarang cuba buktikan sejauh mana peranan awak kepada keluarga si mati setelah dia meninggal dunia?

Doktor : (tidak bersuara.......lama juga beliau terdiam)


PALING TIDAK PUN LINDUNGI LAH DIRI DENGAN PA. TAKAFUL PLAN UNTUK KEMALANGAN PALING MAMPU MILIK DARI MAA TAKAFUL.


Sila WhatsApp saya 013.6000.101 untuk APPOINMENT demi masa depan anak-anak dan isteri.. Tinggalkanlah mereka lebih baik...

"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..." 
Surah Al Baqarah : Ayat 240

No comments:

Post a Comment