Ejen Takaful MAA Sepenuh Masa PERCUMA quotation Medical Card Family Terbaik dan Income Protection Plan aktif di Cheras, Shah Alam, Bangi, Serdang, Seri Kembangan, Kinrara, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Salak Tinggi | Takaful dan Insurance
Thursday, November 26, 2015
PENGECUALIAN DALAM MEDICAL CARD
Tahukan anda terdapat pengecualian dalam medical card yang anda perlu tahu sebelum menyalahkan pihak takaful ataupun agen takaful apabila terjadi sesuatu musibah.
Berikut saya senaraikan beberapa pengecualian yang terdapat dalam medical card MEDIKA2015 dari MAA Takaful. Kata mudah yang Medical Card tidak cover anda jika berlaku musibah.. Yang penting anda JUJUR sebelum mengambil medical card.. ambil sebelum sakit dan masa muda. PENGECUALIAN*/TIDAK COVER UNDER MEDICAL CARD
Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut adalah tidak dilindungi
Penyakit sedia ada
Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan
Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, semasa sijil masih lagi berkuatkuasa
Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
Peperangan, mogok dan rusuhan
Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak
Gangguan mental atau saraf
Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya
Pembedahan kosmetik, elektif atau plastik, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital
Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tidak melibatkan kemasukan ke hospital
Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
Perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana undang-undang, badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful lain
Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakitvenereal dan sekuelnya, Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau Kompleks Berkaitan AIDS (ARC) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.
Sila hubungi saya sekarang untuk melindungi ANDA dan KELUARGA TERSAYANG dengan TAKAFUL.
MOHD KHAIRUDDIN BIN MUSTAFFA FULL TIME & DEDICATED TAKAFUL AGENT
No comments:
Post a Comment