Tuesday, December 29, 2015

SUDAH OR BELUM ADA TAKAFUL/INSURANCE?

Insurans & Takaful ni bukan macam ikut tafsiran sendiri
(Credit Tuan Azha Syazri Azizan)

"Tunggu tahun depan lah, baru saya ambik. Sekarang belum ada bajet"
Tuan, kalau sekarang pun takde bajet, apa akan jadi pada keluarga tuan bila tuan sudah tiada nanti? Bagaimana mereka nak teruskan hidup kalau income tuan terhenti?
Ambik dulu Takaful ni tuan. Kemudian adjust yang lain. Bukan sibuk bayar yang lain dan cuba adjust Takaful tuan

"Alahhhh tahun depan saya upgrade. Sekarang saya ambik yang murah murah dulu"
Nak upgrade tu belum pasti lagi tuan. Ia hanya boleh dilakukan kalau tuan masih hidup dan kesihatan masih mengizinkan. Sekarang tuan sihat. Tahun depan tuan mungkin dah hidap darah tinggi dan kencing manis. Silap silap ada masalah jantung. Masa tu dah payah nak mohon upgrade.

"Alaahhh.. Takaful ni boleh beli bila bila"
Ya, kebanyakan orang tunggu bila dah sakit, baru nak mohon. Masa tulah mereka rasa stress bila sykt Takaful enggan terima mereka. Paling malang, ada yang dah meninggal, tak sempat beli polisi. Betul ke masih boleh beli bila bila tuan?


"Alahhhh... Setakat nak beli takaful ni, berlambak ejen di luar sana tu"
Betul tuan. Ejen takaful ni berlambak tapi kepakaran dan kepandaian tak sama. Sedangkan kalau sakit pun, tuan pandai cari doktor pakar, tak mau jumpa doktor biasa. Inikan pula ejen Takaful yang bertanggungjawab jaga kebajikan dan masa depan keluarga tuan.

Tuan sudah tentu mahukan nasihat dari ejen yang pakar bukan? Yang dapat selesaikan masalah kewangan tuan? Bukan yang sekadar jual polisi, bayar mahal mahal tapi jumlah coverage ciput!

No comments:

Post a Comment