Wednesday, March 9, 2016

WHY WE NEED INSURANCE?

Suatu masa dulu, ketika topik perbincangan samada semua orang perlukan insurans, seorang kawan Financial Planner bantah saranan tersebut dan cakap, dia tak perlukan insurans.
Kenapa pulak? tanya saya, kerana ingin dengar hujahnya
"Sebab dengan kepandaian dia bermain saham, dia boleh generate duit dengan return 300% sebulan!" katanya dengan megah.
Maklum je la, orang labur dalam ASB pun cuma dapat 7% setahun, dia boleh buat 300% dalam sebulan.
Baiklah. Kita ambik contoh medical kad untuk mudah cerita.
Saya keluar modal dalam RM161 sebulan, dapat coverage perubatan RM200,000 setahun, boleh guna RM200,000 tiap-tiap tahun sampai umur 80 tahun (unlimited)
Berapa lama u nak invest RM161 setiap bulan untuk dapat modal RM200,000?
"Errrr... kena kira jugak tu.. dalam anggaran saya 2 tahun lebih boleh dapat"
Betul, tapi saya pun main saham jugak. Dengan RM161, saham apa u boleh invest dapat return 300% dalam sebulan? Dan u expect tiap tiap bulan u dapat untung 300%?
Semua tu tak pasti, bergantung pada kaunter tu punya performance.
Kalau bulan depan, u kena denggi berdarah, masuk ICU dan kena bayar kos rawatan RM20,000, investment RM161 darab 2 bulan u tu, dah capai tak RM20,000?
"Errr..."
Boleh tak company u keluarkan GUARANTEE LETTER BERTULIS cakap dengan saham RM161 x 2 bulan tu, company u tanggung bil hospital RM20,000 tu?
"Tak boleh... kami tak boleh nak guarantee return"
So you see, just because you know how to drive a Ferrari at 300km/h, tak bermakna semua orang patut beli Ferrari dan drive at 300km/h.
Most people like me, just comforable driving a Myvi at 80km/h saja, dan bayar RM161 supaya dapat FREE OF MIND, tak perlu runsing kalau kena fork out duit yang banyak secara tiba-tiba, just to pay hospital bills.
SO NOW, DO YOU SEE WHY WE NEED INSURANCE? 

MATI ITU PAST!

[ MATI ITU PASTI.. ]
Dh nama pun mati itu pasti.. Masalah balu dan anak2 yg ditinggal kan ni cam mana..? Kumpul semua duit simpanan kt 1 nama 1 akaun plak tu.. Klu yg bijak skit tu dh asing2 kan tuk isteri bpr, anak2 bpr.. Tuk duit simpanan ok la... Ni yg cam hartanah, saham, pelaburan dan mcm2 la.. Kesemua keuntungan itu akan dibekukan.. Ini bermakna ia akn melalui proses FARAID.. Penama yg diberi itu hanya la pemegang amanah sahaja. Dia hanya pemegang amanah, bukan org yg sepatutnyer dapat.. Dh nama pun "pemegang".. So dia pegang jer la.. Betul betul...

Kenapa kita tidak pergi kepada intsrument lain.. Iaitu TAKAFUL. Kerna ia menggunakan konsep HIBAH. Hibah itu bermaksud HADIAH.. Kan sedap bunyi nyer.. Perjalanan pun mudah... Ohhh.. Mesti ramai xpercaya kan.. Mungkin penah kena tipu dgn agent ker atau sebalik nyer.. Tu sendiri yg melalui.
Dengan takaful ia akan mewujudkan aset segera. Xpercaya cubala...



FIKIR DULU SEBELUM MENGAMBIL PLAN TAKAFUL

Bila prospek/client compare faedah takaful yang mereka dapat dari ejen syarikat lain dengan konsultan MAA, janganlah pula ejen syarikat lain menfitnah kononnya MAA ni syarikat tak kukuh lah sebab kena jual pada Zurich, kononnya bayar murah macam MAA nanti susah dapat claim lah.
Jangan kerana tak dapat nak lawan faedah hebat dan caruman murah yang MAA beri, macam macam fitnah palsu anda tabur. Walhal ini bab kebajikan dan masa depan client. Jumlah coverage besar pada caruman yang murah, yang akan bantu perancangan kewangan client
Kalau nak faedah takaful sehebat MAA, meh hijrah ke MAA. Lagipun kami buat 100% Takaful je. Tak campur aduk konvensional sekali.



Nota: Penyerahan Hibah Kepada WARIS berjumlah RM132k!! 

Wednesday, January 20, 2016

Company Dah Cover Buat Apa Ambil Insuran Peribadi?

Ramai yang bertanyakan kepada saya :-
Kenapa perlu carum / memiliki polisi takaful & kad perubatan peribadi sedangkan majikannya sudah menyediakan takaful dan manfaat perubatan kepadanya ?

Jawapan saya :- 
Terima kasih kepada majikan anda yang prihatin dan bertanggungjawab dengan memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan keperluan memiliki polisi takaful & kad perubatan peribadi. Berikut perkara yang perlu difahami :-

TEMPOH PERLINDUNGAN TERHAD 

Biasanya, majikan anda hanya memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda selagi anda bekerja dengannya atau sehingga anda bersara pada umur 56 tahun.

Semua faedah tersebut akan hilang serta merta apabila anda bertukar kerja, diberhentikan kerja, menghidapi penyakit atau hilang upaya / lumpuh sebab penyakit atau kemalangan sehingga tidak boleh bekerja lagi.

NOTA : Dengan memiliki polisi takaful dan kad perubatan peribadi, ia melindungi anda dengan tempoh perlindungan sehingga umur 80 tahun ( tempoh polisi matang ) selagi mana polisi dikuatkuasakan.

POLISI SIJIL & MANFAAT PERLINDUNGAN MILIK  MAJIKAN 100% 

Majikan merupakan PESERTA ( pemilik polisi sijil ) yang memberikan perlindungan takaful dan manfaat perubatan kepada anda selaku ORANG YANG DILINDUNGI. Bermaksud polisi sijil dan manfaat perlindungan adalah milik majikan 100% dan dia berhak terhadap penyerahan manfaat tersebut selagi tiada perjanjian bertulis yang boleh dikuatkuasakan menyatakan penyerahan manfaat 100% kepada waris anda.

Ini bermakna :-
  • Majikan berhak mengubah pada bila-bila masa untuk mengurangkan ( reduce ) Jumlah Perlindungan Asas polisi sijil anda atau mengurangkan ( downgrade ) manfaat tambahan / rider.
  • Majikan berhak untuk menghentikan / tidak memperbaharui pelan polisi sijil ke atas anda ( mungkin kerana ingin penjimatan kos atau berlaku masalah kewangan  ).
  • Majikan berhak menentukan jumlah perlindungan asas dan manfaat tambahan yang akan dibayar/diberikan kepada anda mengikut budi bicaranya.
  • Tindakan majikan ini boleh menjejaskan manfaat, faedah dan perlindungan kepada anda jika musibah berlaku kepada anda.
NOTA : Dengan memiliki polisi takaful dan kad perubatan peribadi, anda merupakan PESERTA ( pemilik polisi sijil ) dan anda berhak 100% terhadap polisi sijil seperti menentukan pewaris terhadap penyerahan manfaat  perlindungan 100% melalui HIBAH dan membuat sebarang perubahan pada polisi sijil.

MILIKI PERLINDUNGAN KETIKA SIHAT

Ramai orang yang berpendapat bahawa mereka akan mengambil perlindungan takaful dan kad perubatan hanya selepas mereka bersara kelak sahaja. Mungkin kerana ketika itu dengan menerima wang persaraan barulah mereka berhasrat untuk mengambilnya.

Hakikat yang anda perlu tahu, anda masih sempat mengambil perlindungan takaful dan kad perubatan selepas bersara hanya jika keadaan kesihatan anda masih mengizinkan ( sihat 100% ).

Jika keadaan kesihatan sudah teruk selepas bersara, mana-mana syarikat takaful sukar untuk memberikan perlindungan takaful dan kad perubatan kepada anda. Maka, segala kos perubatan hospital dan kos sara hidup tambahan terpaksalah anda tanggung sendiri menggunakan wang persaraan yang ada.

NOTA : Kos perlindungan takaful dan kad perubatan peribadi ketika anda muda lebih murah berbanding pada usia anda sudah meningkat. Peningkatan kos perlindungan selaras dengan faktor peningkatan usia yang disebabkan kadar risiko kematian, hilang upaya dan penyakit  yang juga meningkat.

APAKAH FAEDAH & MANFAAT YANG DIBERIKAN MAJIKAN ?

Ramai pekerja mengambil sikap tidak mahu ambil tahu apakah faedah dan manfaat perlindungan takaful dan kad perubatan yang disediakan oleh majikan ?

Cuba anda SEMAK dengan majikan anda terhadap perlindungan takaful dan kad perubatan kepada diri anda, pasangan dan anak-anak, seperti berikut :-
  • Jumlah Perlindungan Khairat Kematian termasuk akibat dan punca kematian. Sejauh mana skop perlindungan diberikan? Adakah ia hanya meliputi musibah berpunca dari kemalangan sahaja atau termasuk punca semulajadi? Adakah ia terhad kepada waktu kerja sahaja atau sehingga had umur tertentu sahaja?
  • Berapakah jumlah perlindungan Hilang Upaya Kekal Keseluruhan akibat daripada kemalangan atau penyakit? Bagaimana syarat dan kaedah bayaran ditentukan?
  • Berapakah jumlah manfaat Gantirugi Kemalangan? Apakah jenis kemalangan yang tergolong dalam manfaat ini? Bagaimana syarat dan kaedah bayaran ditentukan?
  • Berapakah jumlah manfaat perlindungan Penyakit Kritikal? Berapa jenis penyakit kritikal yang dilindungi, adakah 30 jenis, 36 jenis atau 46 jenis?
  • Berapakah jumlah maksimum tanggungan Bil Perubatan Hospital setahun dan jumlah keseluruhan? Adakah ia menanggung bil perubatan untuk semua termasuk isteri dan anak-anak? Apakah syarat-syarat tanggungan dan adakah wujud limitasi tanggungan?
  • Adakah disediakan dan berapakah jumlah Elaun Harian bagi kemasukan wad hospital?
  • Siapakah penerima faedah dan manfaat perlindungan takaful? Adakah faedah dan manfaat tersebut akan diserahkan 100% kepada anda atau terpulang kepada budi bicara majikan? Adakah perjanjian bertulis dibuat sebagai rujukan masa hadapan?
  • Apakah syarat-syarat dan prosedur jaminan dan tuntutan? Kepada siapa hendak rujuk, pegawai urusan tuntutan atau agen?

KESIMPULANNYA ? 

Jadikan perlindungan takaful dan kad perubatan peribadi sebagai perlindungan utama kebajikan keluarga anda, walaupun majikan anda  sudah menyediakannya. Perlindungan takaful dan kad perubatan yang disediakan dari majikan patut dianggap sebagai "bonus tambahan" sahaja kerana ia hanya melindungi anda SELAGI ANDA MASIH BEKERJA  dengan mereka.

MAA Takafulink Series menyediakan pelbagai pelan perlindungan takaful + kad perubatan + simpanan dan pelaburan dana syariah. 

"The Most Outstanding Takaful Product - MAA Takafulink 2009, 2010 & 2011"
"The Most Outstanding Islamic Retail Product - 2012"


Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai perlindungan takaful dan kad perubatan, sila kemukan pertanyaan anda kepada saya di :-
maatakaful101@gmail.com @ WhatsApps. 013.6000.101 Saya bersedia membantu.

MAA Takaful Berhad
We Do What Is Right!!
First Time!!
Many-Many Time!!

INCOME REPLACEMENT : LIFE TAKAFUL

“Income Replacement” merupakan satu konsep yang mudah difahami. Dengan menggunakan instrument takaful, pemilik polisi berkonsep gantian pendapatan ini akan mendapat manfaat kematian atau hilang upaya kekal secara lump sum sekiranya berlaku kerugian daripada musibah yang dinyatakan.

Dengan menggunakan konsep  “Plan Income Replacement”  di dalam pelan takaful adalah untuk memastikan pendapatan tahunan anda dapat dijana secara berterusan, walaupun anda sudah tidak bekerja lagi sekiranya “musuh kehidupan” melanda di dalam kehidupan anda sekeluarga.

Apa itu “Musuh Kehidupan” ?

Sekiranya anda sedar atau pun tidak “musuh kehidupan” ini sentiasa berdampingan dengan kehidupan harian kita. Antara “musuh kehidupan” antaranya ialah:
  1. Kematian Awal
  2. Menghidap Penyakit Kritikal
  3. Hilang Upaya Kekal disebabkan Kemalangan atau Sakit Kritikal

Kenapa Pentingnya “Plan Income Replacement”

Polisi takaful yang mempraktikkan konsep “income replacement” ini bertujuan:
  1. Memastikan Pendapatan tahunan dapat dijana secara berterusan walaupun berlaku musibah ke atas diri anda sebagai pemeggang polisi takaful.
  2. Proses pembayaran pampasan berlandaskan keadah hibbah. dengan cara ini ia akan membolehkan pihak waris yang dinamakan memperoleh harta warisan tanpa perlu melalui proses yang panjang seperti kaedah faraid.
  3. Mewujudkan Harta cairdengan cepat.
Umum semua tau kepentingan kehidupan kita seperti makan minum, sewa umah, bill utiliti dan lain2. apa yang penting adalah kita kena protect dulu benda asas ini kerana sekiranya berlaku musibah seperti hilang upaya kekal dan mengidap penyakit kritikal yang teruk sudah pasti lah memberi impak yang besar kepada keluarga kita khususnya.
  • Sekiranya terjadi musibah mcam yg saya nyatakan di atas adakah kita semua mampu bekerja lagi ?
  • mcm mana pendapatan bulanan kita ?
  • Adakah majikan tetap bayar gaji kita wpun terpaksa bercuti selama 2 thn ?
  • adakah simpanan kita mencukupi utk menghadapi masalah ini ?
  • Adakah pasangan hidup kita terpaksa kerja overtime kerana nak tampung perbelanjaan yg semakin meningkat ?
dalam memiliki atau membeli polisi takaful nie jumlah coverage yang besar amat digalakan yang mana ia dapat memberi cash money kepada keluarga kita sekiranya berlaku musibah yang besar ini. Berapa c0verage yang perlu ?
cara kiraan coverage yang selalu sya praktik kan adalah (jumlah gaji tahunan kasar bahagi dgn 0.08)
contoh: gaji tahunan 30k so 30000/0.08 = 375 000
so dapatlah jumlah coverage RM 375 000 yng diperlukan utk polisi takaful.
so anything happen kpd pencarum makan jumlah coverage ini lah yang boleh dituntut oleh peserta takaful. Tetapi sekiranya ingin coverage yang tinggi polisi takaful itu tak perlulah dicombine kan dgn medical card.
 
Sebab apa bila ada element medical card dalam satu polisi nilai coverage yang besar ini akan membuatkan harga takaful itu bukan lagi RM 300 sbln tetapi maybe dekat RM 500 sbln.
Dalam mengambil polisi takaful ini, adalah pelan takaful hayat hendaklah diasingkan dengan pelan medical card dan caruman sekitar 10% drp nilai income kita jer tidak boleh lebih daripada 10% adalah reasonable untuk kita bayar carumam bulanan atau tahunan. selalunya utk adjustment kita boleh berbincang dngn ejen takaful yg betul-betul  memehami apa manfaat yang diletakkan di dalam proposal atau polisi pelanggang.
Membeli pelan takaful ini bukan semata mata utk medical card tetapi membeli takaful ini adalah untuk memdapat perjanjian bertulis bagi  memastikan jika anything happen terjadi kepada kita maka kita akan dibayar mengikut apa yang dijanjikan. bahasa yang mudah adalah plan takaful ini utk menggantikan pendapatan yang hilang akibat musibah yang tidak dijangka.

Sunday, January 10, 2016

SEMAK POLISI ANDA SEKARANG







BARAT TAYAR SPARE PANCIT

Bila tayar kereta pancit, anda mungkin rasa confident sebab ada tayar spare. Tapi alangkah malangnya bila anda dapati tayar spare anda pun pancit. Adusss... Macam mana nak selesai masalah ni? Ada tayar spare pun, problem tak selesai. Semuanya gara-gara anda "over-confident", tak periksa keadaan tayar spare dari masa ke semasa.
Begitu jugalah dengan insurans/takaful anda. Ramai orang sangka dah ada polisi, dah selamat dah, semua problem akan selesai. Langsung tak kisah nak semak, apa jenis coverage yang ada? Berapa jumlah coverage yang ada?
Kalau income anda RM80,000 setahun, tapi coverage takaful anda cuma RM100,000, agak agak berapa berapa lama keperluan keluarga anda dapat dipenuhi? Setahun? 2 tahun?
Kalau sakit kritikal, memaksa anda cuti tanpa gaji 2 tahun, coverage takaful cuma RM20,000, simpanan bank sedikit saja, macam mana anda nak tampung belanja?
Jangan sangka dah ada polisi, masalah anda akan selesai. Sebab yang selesaikan masalah bukannya caruman mahal yang anda bayar bulan-bulan. Tetapi JUMLAH COVERAGE anda yang akan selesaikan.
SEMAK BUTIRAN POLISI ANDA
Dapatkan FREE REVIEW dari saya sekarang!!!


Monday, January 4, 2016

Tempoh Menunggu Medical Card dan Coverage

Skop Perlindungan Takaful (Tempoh Menunggu)

Kemalangan

Perlindungan untuk kes kemalangan bermula dari tarikh polisi diluluskan. Ia meliputi rawatan untuk pesakit luar (out-patient) dan diwadkan (admitted).
Sakit
Perlindungan untuk kes penyakit yang baru dihidapi, bermula selepas 30 hari dari tarikh polisi diluluskan. Ia meliputi rawatan untuk diwadkan (admitted) sahaja. Untuk demam denggi, perlindungan bermula selepas 21 hari.

Kemudahan Kemasukan Hospital (Cashless Facility)

Sesetengah hospital akan meminta deposit peribadi dari anda, walaupun syarikat takaful sudah menyediakan deposit kemasukan. Ini dibuat atas permintaan hospital itu sendiri bagi menampung kos bukan perubatan (suratkhabar, pek kemasukan hospital, caj pengurusan hospital dan penggunaan telefon) dan caj melebihi had yang dibenarkan oleh syarikat takaful (seperti co-payment dan caj melebihi had tahunan).

Penyakit Tertentu (Specified Illnesses)

Perlindungan untuk kes penyakit tertentu yang telah disenaraikan, bermula selepas 120 hari dari tarikh polisi diluluskan. Penyakit tersebut mestilah baru wujud selepas tempoh 120 hari.  Antaranya :-
  1. Hipertensi, Diabetis Mellitus atau Penyakit Kardiovaskular
  2. Semua tumor, kanser, cysts, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
  3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
  4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
  5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
  6. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

Keadaan Meragukan (Case Under Investigation)

Bagi tuntutan perubatan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun pertama dari tarikh kelulusan (tempoh boleh pertikai), syarikat takaful berhak menangguh jaminan perlindungan dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, sehingga hasil siasatan diketahui dari laporan doktor yang pernah merawat anda. Ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan takaful (biasanya dikhuatiri anda mempunyai masalah kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa membeli kad perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, sakit dada, sesak nafas ketumbuhan dan sebagainya). 


Untuk Lebih Maklumat dan Appointment Boleh Daftar kat 
WhatsApps 013.6000.101 Khairuddin.